hatiku terasa gersang
kegersangan yang ku rasa bagai gersangnya padang pasir itu
aku mula mencari sesuatu yang tidak ku ketahui
ku fikir mungkin kerana aku perlukan teman
lalu aku menjadi seorang penagih cinta
sibuk aku ke sini ke sana melihat cara mereka
sudah ku tanam rasa untuk melakukan yang serupa
aku lupa aku lalai aku semakin jauh dariNya
tiba satu ketika aku iri hati melihat keseronokan mereka
namun aku tersedar, Dia yang menyedarkan
ditunjukkan aku mereka yang hilang kasih sayang daripada keluarga
ditunjukkan aku mereka yang dibuang jauh oleh masyarakat
ditunjukkan aku akibat cinta yang bukan atas landasannya
astaghfirullah terdiam aku termalu aku
begini besar rahmatNya padaku, apa lagi yang aku harapkan
begini besar kasih sayangNya padaku apa lagi yang aku cuba nafikan
hatiku masih gersang
masih ku cari cebisan hati yang hilang
lantas aku terlihat mereka sedang sibu mengejar pangkat harta dan ilmu dunia
ku kira itu yang aku perlukan untuk memenuhi hati
lalu aku sibuk mengejar pangkat di dunia
aku jadi akur akan kata-kata dan percaturan manusia
yang kononnya dunia ini perlumbaan semata
yang dikatakan dunia ini hanya yang berpangkat diterima
yang ditafsirkan bahawa yang kecil hanyalah patut dihina
diduga aku dengan kelemahan minda
diduga aku dengan kesukaran menerima ilmu
aku terduduk termangu keliru buntu
puas aku mempersoalkan di mana salahku
sampai satu ketika ditunjukkan aku sesuatu
ditunjukkan aku mereka yang bangga dengan diri sendiri
ditunjukkan aku mereka yang pangkatnya tinggi cuba menjatuhkan maruah sendiri
ditunjukkan aku mereka yang kecil gigih mencari peluang membina diri
astaghfirullah sekali lagi aku termalu
ku raup mukaku
Dia memeliharaku daripada kebongkakan dunia
Dia memelihara aku daripada terus melupakanNya
puas ku tanya pada diri sendiri
yang ku dapat hanya kekeliruan hati
sungguh aku termalu
setelah apa yang Dia berikan
bagaimana sanggup aku menjauhiNya
bagaimana aku tegar menghianatiNya
hati aku gersang
bukan kerana harta rupanya
bukan kerana kekurangan kasih sayang manusia
hati ini gersang daripada cinta padaNya
aku leka aku lalai aku culas
pelbagai kesilapan telah aku lakukan
namun tak pernah sekali aku ditinggalkan
ku tersenyum sendiri bangkit berdiri
sambil mencari kembali diri ini
yang hilang tidak diketahui
namun aku pasti Dia tidak akan meninggalkan diri ini
walau sesukar mana pun jalan yang bakal dilalui
kerana ku tahu betapa besar cintaNya dan betapa luas pintu kesenanganNya
Allahuakbar!
~ maizatul akmal ~